National Design Centre
Hi dan salam sejahtera sume dan selamat berpose buat sume yang beragama Islam dan arini sudah masuk ari yang ke-11,kalau kita recap balik pasal tarikh 11 september, sume akan ingat balik insiden 911 atau konspirasi perlanggaran kapal terbang yang didalangi olah pejuang islam sehingga menyebatkan keruntuhan bangunan yang menjadi pusat komersial Amerika Syarikat (AS), World Trade Centre.
Kejadian tue telah menjadi rekod dalam sejarah dunia sebab kejadian nie sebenarnya berlakunya pertembungan dunia islam ngan barat. Kat sini aku tak nak ulas banyak pasal tue sebab tak sapa bleh nilai sejauh mana kebenaran tentang sapa disebalik konspirasi nie, namun kita mabik lah masa kita sedikit sempena bulan ramadhan nie doakan saudara- saudara sesame islam maupon yang bukan islam yang telah terkorban akibat daripada impak konspirasi 911.
Doakan supaya roh- roh dorang ditempatkan di tempat orang yang diredhai Tuhan dan tak lupa gak ambik waktu untuk doakan agar kesabaran dan ketabahan sentiasa menguatkan ati ahli-ahli kurga dorang yang terkonban. Mintak supaya dorang dapat terima sume nie sebagai satu ujian yang datangnye daripada Tuhan.
Untuk post kali nie, aku muatkan gambar- gambar yang aku ambik masa aku gi melawat National Design Centre (NDC) yang baru bukak tue. NCD nie terletak berhadapan ngan PTAR 1 jer. Ada masa gi lah melawat sebab banyak invention baru yang boleh tahan kreatifnye. Cuma aku nak komen pasal main entrance yang agak tersorok dan takda sebarang signboard pon yang diletakkan kat dapan tue yang membuatkan orang perasan pasal kewujudan galeri pameran nie. Aku datang pon sebenarnya sebab kebetulan jer sebab masa tue tengah gi PTAR 1 nak pulangkan buku yang dah lebih 3 minggu tak anta.
Kat bawah nie da beberapa gambar yang aku ambik secara illegal (hehe). Maap kalau kualiti gambar yang bagus mana sebab gune handphone berkemera 2.0 pixel jer.
Kebanyakkan design nie memang menarik cume da beberapa kerat jer yang boleh dibawa ke pasaran luar sebab kalau dilihat dari perspektif aku, kebanyakkan budak- budak nie wat design yang besa- besa jer. Yang betul- betul unik antara sume ialah Tourism Boat tue. Memang unik design nyer sebab budak yang buat tue ambik konsep bulat. Antara len yang menarik perhatian aku gak ialah set dapur yang boleh diubah posisinya. Aku rasa ciptaan yang nie hebat sebab sesuai untuk umah yang kecik. Stand lamp tue gak boleh tahan sebab aku suka ngan motif ala- ala seni kreatif masyarakat iban yang jadi konsep utama produk nie. Rasanye sapa- sapa suka suasana etnik, bleh try stand lamp nie. Yang lain- lain tue besa jer.
Aku tak berapa suka ngan beberapa set sofa yang dilihat melampau dari segi design nyer yang mana design telah menyebabkan pembaziran ruang, macam sofa merah tue. Aku tak pasti apa fungsi rekaan belakang sofa tue yang macam gelongsor taman permainan kanak- kanak. Aku tak pasti kalau pereka nye saje- saje nak bubuh supaya nak nampak lagi elegan tapi bagi aku design kat kat belakang tue amat tak sesuai.
Paling tak menarik ialah yang kat sekyen rekaan untuk alat- alat elektronik. Aku tak suka hampir kesemua design yang kat dalam tue sebab tak da market value langsung. Hampir kesemua tue dah da kat pasaran. Mungkin tak aci aku kata macam tue sebab may be yang da kat dalam sebenarnya apa yang telah diambik untuk rekaan luar yang sedang aku lihat skang nie. Who know?
Pe-pe pon aku solute ngan usaha dak FSSR buat, sangat teliti dan ruangan yang ditempatkan sangat classy! Aku arap ada orang luar boleh datang dan lihat hasil keje dak- dak nie.























