Stand Up For LOVE
Hi dan Salam Ramadhan wat sume pemerhati blog…
Arini dah masuk ari yang ke-8 dalam bulan Ramadhan dan the got another 22 days to go before celebrating raya.
Untuk post kali nie, aku akan ajak sume kita tengok satu clip video yang betul- betul touch-hearted. Nie merupakkan clip video yang real yang diambik daripada arkid National Geography dan disiarkan kat website YouTube.com.
Untuk melihat sedutan klip video nie, arah kursor tanpa perlu klik dan klik kat ikon PLAY:
Apa yang wat video nie menarik adalah sebab video berkisar pasal buaya yang berjaya menerkam seekor anak rusa yang tengah minum air sungai bersama- sama ngan rusa- rusa yang lain. Apa yang menakjudkan aku ialah apabila si badak air yang kebetulan berada tak jauh dari kawasan tue datang meluru kearah sang buaya tue dan berjaya selamatkan si anak rusa yang nyaris kena baham.
Aku betul- betul impress bila si badak air tue bawak anak rusa tue ke atas darat dan bagi bantuan penafasan kat anak rusa tue walaupun dorang nie berlainan jenis! Badak air tue Cuma bagi penafasan kat anak rusa yang dah nyawa- nyawa ikan tue dengan membuka mulut dan letak kepada anak rusa tue ke dalam mulutnya yang besar tue. Sangat menakjubkan makhluk ciptaan Tuhan nie!
Untuk renungan bulan Ramadhan kita arinie, di sana sini kita macam dah lali ngan kes bunuh sesame manusia sebab kerakusan kita megejar nafsu dan kebendaan. Orang sanggup membunuh sebab nakkan harta orang len. Ada gak orang sanggup rogol anak dara orang len dan bila nak hapuskan bukti, dia ambik jalan bunuh mangsa rogol tue. Ada gak sebab agenda politik dan nakkan pangkat sangat, di negara kita sendiri dah terjadi orang letupkan manusia ngan bom C4 yang besanya hanya digunakan untuk menangkis serangan musuh luar. Sapa dia, hanya Tuhan jer yang maha mengetahui.Sendiri mau ingat…
Semalam jer kalau kita tengok dada akhbar ngan kaca TV, kat Kepong, berlaku pembunuhan kejam seorang wanita yang mana mayatnya dibakar. Tak jauh dari kawasan tue gak, seorang pemuda telah terjumpa mayat manusia yang reput dan dipercayai akibat bunuh. Tue pa berlaku yang negara kita. Kalau nak tengok negara luar, kita recap balik pembunuhan kejam seorang ratu gelek arab yang popular. Mangsa telah dibunuh oleh 3 orang upahan dan diupah sebanyak RM3 juta oleh seorang ahli politik terkenal dan diantara terkaya di negara arab tue. Kononnya wanita tue yang penyanyi terkenal kat negara tue adah skandal ngan jantan lend dan benda nie menyebabkan si ahli politik tue jealous tak tentu pasal. Tak sangka yer, nyawa manusia macam nyamuk yang boleh dipicit sampai mati hanya ngan ujung jari jer.
Tapi, kenapa seekor badak air ada punya perasaan nak selamatkan anak rusa tue? Sedang umum dah tau yang binatang tarafnya lagi rendah dari manusia sebab bintang tak punya akal macam manusia. Namun, apsal manusia boleh jadi lebih kejam?
Untuk soalan tue, kita bawa untuk renungan bersama untuk cari jawapannya. Sempena Ramadhan nie, aku tak mampu rasanya berkongsi story melalui tazkirah agama tapi memadai alam nie yang dihuni bermacam- macam makhluk mampu bercerita kat kita sume yang sume kita didunia nie dah diwujudkan satu rasa yang Tuhan bagi, rasa tue tak bolah dirasa ngan lidah, tak dapat diperhatikan melalui mata, tak gak dapat didengar ngan dua belah telinga, apatah lagi nak dihidu…. Tapi rasa itu hanya dapat dirasa melalui hati kita sume iaitu rasa KASIH SAYANG.
Macam gak kasihnya sang badak kat sang rusa sampai bertungkus lumus nak berikan nafas untuk menyambung hayat sang rusa tue, tanamlah dalam diri kita untuk belajar menyayangi hamba- hamba Tuhan yang len dan kita mesti boleh bagi sesuatu yang lagi berharga daripada nafas seekor badak kepada sang anak rusa.
Stand Up 4 LOVE.