Drama
Hi…salam kat sume pemerhati blog…
Seminggu cuti nie aku memang tak pergi ke mana- mana sebab lebih suke dok umah dan kemas umah. Lagipon next week da banyak lagi test, better dok umah jer tengok Olimpik Beijing 2008. Seminggu sebenarnya tak lama pon sebab sekarang nie masa terasa cepat sangat berlalu. Jadi, elok wat jer rutin harian macam besa – macam tak cuti.
Anyway, kali nie aku tak da benda nak post dalam web-blog sebab masih lagi ikut latest issue pilihan raya kecik kat Permatang Pauh. Setakat nie macam besa, banyak politik kotor berlaku sana- sini sebab dalam tahun nie jer, mana- mana akhbar pon bercerita pasal sumpah. Tak kisah lah sumpah akuan yang Bala buat sebulan yang lepas mahupon sumpah Saiful Bukhari beberapa ari yang lalu. Aku tak tahu adakah sekarang nie Malaysia dah tak da mahkamah untuk bicara kes- kes nie sebab sekarang dah macam jadi satu trend plak bila orang pilih jalan nak bersumpah untuk tutup kes. Semalam jer, satu negara dapat tengok si Najib, Timbalan Perdana Menteri tue bersumpah kat Masjid. Dia ikut telunjuk adik angkat dia la tue. Apa agaknya perasaan Badan Kehakiman Negara terutamanya institusi badan kehakiman mahkamah syariah apabila dorang nie suka- suka buat sumpah sampai pinggirkan peranan kehakiman dalam menentukan sesuatu kes tue? Bukankah kat Malaysia sudah ada mahkamah syariah yang ada prosedur tertentu untuk menghakimi kes secara perundangan Islam? Aku pon tak paham kenapa jahil sangat orang- orang kita nie. Bila dah jahil sangat, sampai al-Quran pon kena pegang tangan kiri. Lagi satu, tarikh kena liwat pon boleh tersalah sebut, daripada tarikh “asal” 26 jun 2008, tersasul menjadi 26 Ogos 2008, haii…..tak sabar nak mai mengundi kat Permatang Pauh ker dik? Mungkin kot ada benarnya bila dorang nie dah tak bersumpah ikut sistem kehakiman yang sepatutnya sebab sebelum nie pon, dorang nie dah besa putar belit fakta dan angka dalam penyelewengan bukti kes. Ape- ape jer lah…
Aku minat bercerita pasal politik semenajak penahanan Dato’ Seri Anwar pada 10 tahun lepas. Masa tue aku masih lagi dalam darjah 6C kat SRB Chung Hwa,Limbang. Aku tak lah ikut sangat sampai obsess macam sesetengah orang tapi sebab aku selalu anggap kehidupan nie macam drama. Drama macam dalam TV tue, tak kisah lah drama apa pon, drama indon ker, drama cina ker,atau drama tamil sekalipon. Cuma yang bezanya adalah drama yang real nie, Tuhan yang menentukan jalan cerita dan skrip dan sume sekali….Tuhan adalah director dalam drama kehidupan kita. Berbeza ngan drama dalam TV, kita sendiri yang memandai buat skrip, reka jalan cerita, tentukan watak dan peranan dan macam- macam lagi lah. Yang pasti hero drama melayu kena ensem dan kalau tak ensem memang tak boleh jadi hero. Hehe.( Pastu kena ada scene makan atas meja, makanannya pon kene banyak sampai tak cukup meja!) Jadi, sama macam perjalanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga, aku lebih melihat beliau dan kisah beliau sebagai drama. Drama yang bercerita pasal seorang ahli politik bertaraf selebriti yang teraniaya akibat sifat tamak haloba orang lain.
Banyak sebenarnya antara kawan- kawan yang bertanya nape aku terhegeh nak ambik tau pasal politik. Aku pon tak paham nape dorang kena tanya soalan macam tue, lagi menghairankan aku ialah bila ramai budak-budak nie tak daftar undi pon lagi. Senang jer aku nak explain, politik ngan kehidupan kita amat berkait rapat sebab politik ada kuasa menentukan hala tuju hidup kita di masa hadapan. Akan tetapi, untuk mereka menjadi diantara orang yang berkuasa di dalam kerajaan adalah dibawah kuasa kita sendiri. Kuasa kita terletak kat kebijaksaan kita membuang undi. Sebab tue lah, kita kena ambik tau apa jua senario yang berlaku dalam dunia politik negara kita. Benda nie bukan setakat kita kena pilih pemimpin yang betul- betul pandai kawal harga minyak, tapi, lebih daripada tue, pemimpin yang kita undi tue mesti bertanggungjawab membawa hal-tuju bangsa ngan agama kita. Bunyinya macam skema jer tapi aku ambik contoh paling senang, aku ambik peristiwa Forum Memeluk Islam yang berlaku beberapa minggu lepas. Tanya diri kita sendiri, nape forum nie diadakan sedangkan dah terang lagi bersuluh, perbincangan soal agama secara terbuka adalah ditegah sama sekali dalam perundangan negara sebab benda- benda macam nie boleh timbul ketegangan antara agama. Mesti ada yang confius, apa plak kaitan ngan forum tue? Now, kita tengok balik, sapa yang memandai buat forum tue? Orang yang anjur forum tue tak lain tak bukan badan NGO yang non-muslim. Rata-rata ahli NGO tue adalah orang-orang bertaraf professional dan disokong oleh ahli- ahli politik non-muslim. Aku tak kan salahkan dorang sebab yang bodohnya kat sini adalah orang kita yang langsung tak ambik berat soal masa depan politik negara sebab hanya pikir nak enjoy dan urusan politik hanya untuk orang-orang tua! Ada pon pemimpin melayu tapi hampeh ngan rasuah ngan macam- macam skandal seks.
Kita pikr lah apa yang terjadi kat Singapore bila sekarang nie dah tak lagi suara azan dilaungkan dan sekolah-sekolah pondok dah dihadkan. Singapore sudah berada ditangan pemimpin bukan melayu, maka, dorang berhak tentukan identity negara dorang. Aku yakin yang korang pon tak nak benda- benda macam nie berlaku, jadi, jalankan jer tanggungjawab korang pada hari mengundi kang. Aku bukannya nak bagitau korang gi parlimen melalak tak tentu pasal tapi cukup satu undi yang bijak tue bleh menyelamatkan maruah bangsa dan negara kita.
August 24, 2008 at 7:13 am
assammualaikum…hmm bes gak sembang politik ni..leh join