Anak Panda

Hi! Salam kat sume pemerhati blog…

Rasanya dah alam aku tak buat sebarang posting dalam minggu nie. Bukan sibuk sebab sekarang nie kan mid-term break, bukan tak da idea, cume minggunie banyak ambik masa update diri dengan perkembangan semasa pasal isu- isu terkini, lebih-lebih lagi pasal pilihan raya kecil kat Permatang Pauh. Aku arap sangat Dato’ Seri Anwar Ibrahim menang besar 26hb nie kelak walau apapon taktik kotor pihak kerajaan buat kat beliau. Anyway, minggu nie aku tak nak cakap pasal politik sebab sekarang nie dah banyak blogger kena siasat atas sebab yang tak munasabah. Ada yang kena tangkap hanya sebab ada blogger yang nakal main ubah logo Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) daripada kepala harimau jadi kapala anjing. Tak cukup ngan tue, ada plak blogger yang agak nakal ngan naughty-nye buat statement souh rakyat Malaysia kibar jalur gemilang secara upside-down. Bukan main benggang lagi Pak Lah kita tue. Alaa… nape lah nak kecoh, yang blogger tue bukannya sapa pon yang kita dok sebok- sebok nak ambik serius kenyataan dia. Biarlah dia nak buat apa pon, takkan jadi apa pon kat Negara kita.

Biarkan dulu pasal isu-isu politik yang berlaku sekarang nie, sebab kita tak tau apa yang sebenarnya yang berlaku, sapa yang yang berada di pihak yang benar dan sebaliknya. Tak sume maklumat yang disampaikan oleh media arus perdana tue betul sebab dorang tue terikat ngan pelbagai akta yang mengkehendaki dorang kena pro kat kerajaan. Tak kisah lah apa yang kerajaan buat, kena lapor benda yang betul. Kalau da yang tak betul pon, kena ubah laporan tue jadi positive-sentences supaya rakyat sentiasa lihat yang kerajaan nie always right. Kesian lah kat wartawan negara kita nie, aku ingat hanya profession kehakiman jer lah yang selalu diibarat orang yang sebelah kakinya di belah neraka dan sebelah lagi belah syurga. Rupanya jadi wartawan pon sama gak. Tak tau lah pa nak jadi ngan negara kita sekarang nie sebab sume jadi huru-hara, yang jadi mangsa ialah rakyat, wahal kerajaan da tanggungjawab memperjuang nasib rakyat, tapi, kalau nie lah yang berlaku, pa bezanya kita ngan rakyat negara-negara len yang tertindas dan teraniaya? Tiap- tiap bulan bayar macam-macam cukai sampai tak cukup makan sebab nak kerajaan wat pembangunan untuk rakyat, tapi tiap- tiap hari, ada- ada jer berlaku dalam dunia politik negara. Tak pe lah…buat lah pa nak wat sebab korang da kuasa.

Minggu nie aku rasa relax siket sebab tak da kuliah langsung. Walaupon dalam minggu mid-term break, tapi aku sebenarnya tak rancang pergi mana- mana sebab lebih selesa dok umah jer selain kuar gi berjogging tiap- tiap hari kat tasik seksyen 7 tue. Dalam banyak- banyak masa yang free tue, aku sempat copy movie daripada Haikal. Banyak gak aku copy masuk dalam laptop tapi yang aku sempat tengok cume satu jer, Kung Fu Panda. Aku sebenarnya tak minat tengok movie. Kalau tengok pon, aku agak choosy siket sebab aku Cuma nak tengok genre movie yang comedy jer macam ceta Kung Fu Panda.

Filem Kung Fu Panda adalah movie fauvorite ketiga yang jadi favourite aku selepas ceta White-Chicks ngan Happy Feet atas banyak sebab. Yang menjadi movie nie menarik adalah sebab movie nie ambik background negara China dan mengangkat tema seni pertahankan diri Kung Fu. Selain tue, aku suka tengok beberapa karakter yang comel- comel dalam ceta nie macam watak Panda tue sendiri dan beberapa watak babi (bukan watak utama). Panda tue comel sebab animation director filem nie bijak, mewujudkan expresi pada muka panda menjadikan watak nie seperti hidup. Dahl ah watak panda nie gemok, lagi lah bertambah comel panda sekor nie. Hehe.

Plot ceta nie memang menarik dari awal ceta sampai lah penghujung ceta sebab banyak scene dalam ceta nie lari sedikit daripada ceta- ceta kartoon yang cliché. Aku rasa pening gak masa awal- awal macam na panda si gemok nie boleh dipilih jadi Dragon Warrior tapi director ceta nie bijak bermain ngan akal penonton sebab si panda nie bukan boleh ber-kung fu pon tapi hanya berbekalkan kekuatan fizikal dan mental jer. Kalau lah layar asal ceta nie di tangan director Malaysia, comfirm director kita nak wat plot si panda nie jadi kurus dulu, then barulah si panda nie boleh berlawan ngan si antagonis. Besa lah ngan ceta- ceta buatan Malaysia, nak jadi hero atau heroin, sume kena jadi cantik. Kalau tak cantik, tak boleh jadi hero. Jangan arap lah. Tapi berbeza ngan ceta nie, walaupon hanya ceta animasi ngan bantuan teknik CGI, tapi watak dalam ceta nie betul- betul hidup dan berjaya sampaikan mesej tersirat kat penonton. So, arap- arap pasni, pengarah wat lah homework buat ceta- ceta macam nie, tolonglah jangan buat ceta mamat patah hati nagn makwe dia, aku pon tak paham, macam orang Malaysia nie hidop dorang adalah untuk bercinta dan dah tak da benda lend ah buat.

Peranan sebuah filem bukan hanya untuk hiburan. Lebih daripada tue, filem adalah antara medium yang mudah untuk mendidik penonton sebab sebuah filem yang hebat adalah filem yang mampu mengajak kita berfikir. Untuk buat sebuah filem yang betul- betul hebat bukan mudah sebab sehebat mana pon karya dan nilai seni sesebuah filem, selera penonton kena dipenuhi. Tue lah yang selalu jadi cabaran kat mana- mana producer filem. Sebab tue lah, ada filem yang bagus tapi orang tak nak datang panggung sebab bukan selera dorang. Kat Malaysia nie bukan tak da filem yang bagus tapi banyak kelemahan dari segi plot cerita dan penghayat pelakon yang gagal sampai kat penonton. Yang betul- betul bagus pada penghayatan aku pon ialah filem Sepet ngan filem Cinta.

Aku tak nak ulas lanjut sebab aku hanya bercakap dari lensa pandangan aku sebagai penonton biasa tapi satu perkara kena ingat, filem perang selalunya filem yang menyampaikan mesej anti-perang. Tak percaya? Cuba recap filem- filem perang yang korang pernah tengok sebelum nie.

2 Responses to “Anak Panda”

  1. awk ambil jurusan ape?

Leave a Reply