Pro & Kontra : UiTM & Signifikasi 10%
Salam sejahtera kat sume pemerhati blog…
Hari nie memang hangat sebab sebaik saje announcement untuk mengadakan demonstrasi menentang kemasukkan 10% kuota pelajar non-bumiputera ke UiTM dibuat pada pukul 3.20 petang tadi, satu kelas bagi respon yang agak kurang menyenangkan. Namun, ada gak budak- budak nie tak ambik peduli langsung, malah diejek plak gaya percakapan orang yang buat announcement tue yang cakap feeling abis! Aku tau lah awak tue bersemangat nak perjuang hak orang melayu, tapi tak payah la melalut satu fakulti, cukup sekadar buat pengumuman rasmi yang pendek tapi padat ngan maklumat. Hehe. Tak pe, aku paham bagaimana rasanya hak kita sebagai bumiputera seolah- olah dicabul dengan pengumuman rasmi daripda Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bercadang memberi 10% kuota daripada jumlah kuota semasa Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada non- bumiputera.
Dalam isu ini, aku ada pandangan yang bersifat pro dan tidak kurang gak, ada pandangan peribadi aku yang kontra daripada cadangan ini. Secara peribadi, kita tak perlu lah melatah ngan cadangan nie sampaikan nak pergi buat demonstrasi di hadapan bangunan rasmi Menteri Besar (MB). Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan secara aman. Lagipun, di UiTM sendiri ada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dibantu oleh Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) di setiap falkulti. Kenapa kena buang masa pergi buat demonstrasi sedangkan ada suara Yang Di-Pertua (YDP) daripada MPP yang mewakili suara beribu- ribu mahasiswa UiTM boleh dihantar untuk mengadakan pertemuan 2 hala dengan MB? Aku tak kata buat demonstrasi nie salah tapi selagi ada jalan terbaik, manfaatkan sebaik mungkin. Lagipon, nie hanya setakat cadangan saje daripada MB dan belum tentu dilaksanakan.
Ok, berkenaan dengan cadangan kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera kedalam UiTM nie, bagi aku secara peribadi, aku sokong usaha ini tapi bukan secara total. Bagi aku personally, seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kemasukan 10% pelajar bumiputera dan pelajar asing ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar. Aku sangat sokong kenyataan beliau ini. Tambahan plak, usaha nie bertepatan dengan usaha UiTM untuk melahirkan pelajar melayu dan bumiputera yang berdaya saing dan kompeten dengan arus semasa. Masalah orang kita adalah kita tidak boleh berhadapan dengan persaingan sebab kita takut kita tersungkur, lalu jatuh dan tak mampu nak bangkit semula. Itu lah gambaran yang mampu aku bagi.
Kita sepatutnya melihat cadangan ini dari sudut positif dan jangan plak setiap kali ada isu yang mengugat ketuanan orang melayu dan bumiputera jer, kita melatah tak tentu pasal. Cuba kita ambik masa untuk mengkaji secara mendalam kenapa perlu adanya kemasukkan pelajar bumiputera dan pelajar asing dan bukannya terus pikir nak berdemonstrasi. Sepatutnya bila ada cadangan kemasukkan kuota 10% nie kepada budak cina atau India, kita kena ambik peluang nie untuk belajar bersaing dengan mereka. Kita tidak boleh kata kita pandai kalau setakat berlawan ngan orang kampong kita tapi buktikan kekuatan orang melayu dan bumiputera dengan bersaing ngan mereka secara akademik. Jangan kita pikir benda tak baik bila ada orang cina ngan India masuk UiTM, ingat mereka nak cabul kedaulatan orang bumiputera. Tidak pon! Awak bercakap nak pertahan ketuanan orang melayu dan bumiputera, tetapi, macam mana ngan gejala sosial orang bumiputera yang semakin serius, dengan isu pembuangan bayi luar nikah dan kegiatan penagihan dadah, malah dengan anasir mat rempit yang rata- rata menunjukkan penglibatan kaum bumiputera yang tertinggi setakat nie? Itu kah yang dikatakan nak pertahan kedaulatan orang melayu kalau nak menjaga maruah orang melayu dan bumiputera pon tak reti? Itu belum lagi dikira politik kotor lagi jijik dengan isu rasuah dan fitnah yang melanda politik pemimpin melayu dan bumiputera.
Maap kalau apa yang aku katakan nie akan menimbulkan ketidak-selesaan kepada korang sume tapi terimalah usaha nie daripada mata hati yang positif. Hari ini, kita sendiri melihat macam mana ramainya graduan UiTM sukar hendak diterima bekerja di kebanyakkan syarikat- syarikat besar sebab mereka tiadk dapat berhadapan ngan persaingan daripada yang non-bumiputera di tempat kerja walaupon dorang cemerlang dari segi akademik. Ini adalah berpunca kita sebagai orang melayu dan bumiputera tidak dipupuk nilai untuk bersaing dan selalu merasa diri kita kerdil bila berhadapan ngan bangsa lain. Macam mana nak hidup kalau asyik- asyik takut nak bersaing ngan orang luar? Baik pergi pajak sawah kat kampong jer, tak payah kuar kerja kat bandar.
Aku paham sebab kenapa UiTM nie dibuka pada awal tahun 50-an, tak lain tak bukan hendak memberi ruang kepada golongan bumiputera untuk belajar sebab pada waktu tue, budak melayu dan bumiputera masih lemah dari segi pencapaian akademik kalau bandingkan dengan kaum lain. Akan tetapi, kita kena terima kenyataan yang waktu tue, orang melayu hidup amat susah dan melarat. Setakat gaji kerja membajak sawah belum cukup nak anta anak dorang pergi sekolah, apatah lagi nak belajar pergi universiti. Itulah sebabnya UiTM ditubuhkan, iaitu handak bagi orang kita belajr dengan menyediakan kemudakan pendidikan. Sekarang nie, zaman dah berubah, kerajaan sudah sediakan banyak kemudahan untuk orang bumiputera untuk belajar dari sekolah rendah sampai lah kepada wujudnya UiTM. Kenapa kerajaan melabur banyak wang kepada anak bangsa sendiri? Sebab nak tengok orang melayu boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah ngan kaum lain yang sudah berjaya. Malah, dengan usia UiTM yang sudah menjangkau setengah abad nie, kita sebagai orang melayu dan bumiputera mesti berfikir di luar kotak pemikiran kita—bukak minda luas- luas. Tak da sebab kita hendak takut bersaing dengan orang luar.
Aku bercakap plak dari sudut pengalaman aku dan kenapa aku begitu sokong cadangan ini. Aku sebenarnya bersekolah di sekolah aliran cina dari tadika lagi, iaitu umur aku pada masa tue 6 tahun sampailah habis darjah 6. Di sekolah, aku bercampur ngan kawan- kawan cina. Aku ada gak bercampur ngan budak- budak daripada kaum aku sendiri seperti daripada suku kaum bisaya, iban dan bidayuh, Cuma, waktu tue, kat sekolah aku kat SRB Chung Hwa Limbang, tak da kaum India. Memang aku nampak macam mana gelagat buadak- budak cina yang berbeza daripada budak- budak bumiputera nie. Selalunya dalam kelas, budak- budak cina akan mengambil posisi di hadapan berbanding kawan- kawan bumiputera yang duduk di barisan belakang kelas. Aku?aku selesa duduk ditengah- tengah sebab waktu belajar, aku akan banyak bertanya kat kawan- kawan cina dan bila cikgu tak da, aku akan toleh ke belakang dok sembang ngan kawan- kawan bumiputera. Nampak tak perbezaannya?
Apa yang cuba aku tunjukkan di sini adalah, mentaliti kita yang tak reti nak berubah. Kita tak macam orang cina nak bersemangat datang kelas tiap- tiap hari nak belajar dapat result bagus, tapi, orang kita? Datang nak main- main, bukan nak betul- betul nak belajar. Aku sangat berterima kasih kat mak ngan bapa aku bila dorang anta aku gi belajar kat sekolah cina. Aku sudah belajar untuk bersaing ngan kawan- kawan walaupun di sekolah cina, selalunya hanya orang cina dapat advantage dalam akademik sebab dorang memang dah mahir bahasa ibunda dorang. Akan tetpai, waktu tue, aku sentiasa berusaha sampi lah pada satu pertandingan kaligrafi cina, aku menjadi satu- satu pelajar bukan cina yang mendapat johan. Malah, setelah 6 tahun aku meninggalkan sekolah itu, nama aku masih diingati oleh cikgu Yang sebab aku sangat menonjol waktu tue. Aku bukan nak interframe tapi aku pada hari nie adalah kerana pendedahan awal di sekolah cina yang berbeza sekali bila belajar di institusi melayu dan bumiputera. Cikgu- cikgu cina dan kawan- kawan cina amat memberi kesan kat aku untuk terus berjaya. Malah, apabila berada di sekolah menengah melayu (nie adalah pertama kali aku bersekolah di sekolah aliran melayu), aku tidak berhadapan langsung untuk bersaing dalam akademik apabila aku mendapat tempat pertama dalam 4 penggal berturut- turut. Malah, mata pelajaran Sejarah, Sains aku meletakkan aku selaku pelajar terbaik. Diantara yang sebaris ngan aku pada waktu tue adalah kawan- kawan bumiputera di sekolah rendah yang sama! Kenapa aku boleh capai tahap itu? Sebab aku sudah terdedah ngan kepayahan untuk bersaing di sekolah rendah dahulu. Bukan kata orang melayu atau bumiputera tak pandai, tapi, mereka tidak mampu berubah sebab mereka berada pada thinking level yang sama. Apabila kawan dia malas, dia pon sama malas. Korang kena ingat, lain bangsa, lain cara dorang berfikir. Tak salah kalau bersekolah di aliran melayu tetapi, advantage lagi banyak kalau kita belajar satu bumbung ngan bangsa lain.
Aku tak nak mengulas panjang lebar tetapi, aku tetap menerima cadangan nie ngan hati terbuka sebab hanya tinggal 12 tahun saja untuk kita kejar wawasan 2020. Kalau hari nie kita gentar ngan persaingan, sampai bila- bila kita akan ketinggalan. Sekali lagi, aku mintak map kalu aku post aku menampakkan aku mencabar kedautan melayu dan bumiputera, aku juga bumiputera walaupun aku bangsa kacukan bisaya-iban dan aku juga punya naluri untuk lihat kawan- kawan sama bumiputera untuk berjaya dan success. Bukan nak menyebelahi kaum non-bumiputera sebab kuota pon hanya 10% jer! Takkan tergugat punya, sebab si sini kita sama- sama belajar dan menuntut ilmu, apabila kita sama- sama bertukar ilmu sesame kita, maka, akan bercambahlah ilmu yang kita ada.