Aku Vs Masa

Sepanjang musim cuti nie, aku banyak habiskan masa dok rumah je sebab bebanan aku sepanjang semester yang lepas memang berat. Semester lepas je, aku ambik tanggungjawab sebagai setiausaha PERKA (Persatuan Kejuruteraan Awam) dan REVIVAL (Religious Revolution of Civil Engineering Club). Tak berat mana pun kalau aku pandai bahagi masa dan tugas diantara ahli kelab. Tapi itu lah akibatnya bila dah ber compromise sangat dengan orang lain, padahnya repeat lagi untuk 2 papers.Aduh…

Anyway, sepanjang cuti nie, tak banyak benda pun aku buat selain pergi melancong ke Brunei Darussalam dan Pekan Limbang (Masih Pekan lagi), aku lebih suka dok rumah. Kalau hendak keluar rumah pun jumpa kawan- kawan lama dan lepak kat mana- mana. Jadi, kalau dah dok rumah, memang sah lah aku TV on je 24 jam sehari. Tapi tak lah dalam sehari tue, aku macam dah takde keje lain, cuma ini lah masanya yang aku ada untuk relax dan jauhkan diri daripada kesibukkan hidup kat Shah Alam.

Musim cuti semester nie aku banyak gak baca buku. Sebelum aku balik sini (kat Bintulu lah…mana lagi), aku memang dah set awal- awal nak pergi pinjam buku kat PTAR (Perpustakaan Tun Abdul Rahman), memang waktu tue dari pagi sampai dekat- dekat nak Asar jugak lah aku dok sana cari buku untuk baca time cuti nanti. Yang pasti kena ada novel inggeris dan satu lagi kena buku motivasi. So, waktu tue aku pinjam buku novel Angel Whisper karya Tony Perona. Yang lagi dua adalah buku motivasi yang aku cari- cari selama nie, buku karya penulis T.S Lim yang mencatat jualan terbaik, From KSE to KBE, dan yang lagi satu No Stress. Tapi yang aku bawak balik Sarawak Cuma buku Angel Whisper ngan buku T.S Lim tue jer sebab luggage dah overweight! Huhu.

Macam semester yang lepas- lepas gak, aku memang suka singgah kat kedai buku MPH, alaa… MPH kat SACC Mall yang tak berapa nak laku (Sebab kononnya untuk orang- orange elit jer!). Aku memang dah save RM50 awal- awal untuk beli item kat sana. Kalau aku takde duit pergi sana, comfirm aku keluar ngan rasa kempunan yang tak terhingga! Hehe. Jadi, kalau diikutkan kali nie, aku nak beli buku karya tycoon hartanah terkenal AS,Donald Trump tue, tapi entah kenapa aku lebih berminat nak beli buku siri motivasi Chicken Soup For The AMERICAN IDOL Soup. Mula- mula aku tak beli pun, dok sana kejap baca sikit- sikit. Selepas aku baca artikel Melinda Doolittle (Top 10, Musim 4 American Idol), aku terasa nak beli plak sebab strory dia yang betul- betul touch-hearted. Jadi, aku beli jer lah.

So, kalau aku tak tengok TV, aku baca buku je la. Setakat artikel nie ditulis, aku dah pun habis baca buku Chicken Soup tue minggu lepas. Tak sampai sebulan pun aku habis baca sebab kebanyakkan kisah- kisah budak-budak Idol ngan fans dorang nie mmg menarik, tambah lagi ngan al- kisah tenaga produksi dorang memang betul- betul menarik untuk dibaca. Antara yang paling best setakat yang aku baca ialah kisah Vonzell Solomon ngan peminat kecik dia yang menghidap penyakit kanser otak. Kisah dorang betul- betul membuatkan aku begitu tersentuh sebab pengakhirannya budak tue bebas daripada tumor otak, berita tue plak sampai kat Vonzell waktu dia kat atas stage tengah tunggu turn nak nyanyi. Antara yang aku masuk dalam list aku ialah kisah peminat Clay Aiken (Top 2, Musim 2) yang berbadan gempal. Kisah dorang sebenarnya tak lah sehavoc mana pun, takde kene mengena ngan clay aiken pun. Cuma, kaitannya adalah video muzik Clay yang menunjukkan aksi dia memeluk peminat fanatiknya yang berbadan gempal. Aku dah tengok pun video muzik nie.

Apa yang menjadi isu di sini sebenarnya macam mana peminat dia nie terasa dia begitu dihargai walaupun berbadan gemok, hal nie menjadikan dia semakin berkeyakinan walaupun berbadan gempal. Sebenarnya banyak lagi kisah- kisah lain yang telah dihimpunkan dalam koleksi Chicken Soup untuk edisi American Idol.

Selain buku nie, aku ada ambik masa baca buku novel karya Tony Perona yang rasanya semua orang kenal sebab banyak buku- buku tulisan dia nie selalu dapat reaksi positif. Kalau tanya aku, aku memang tak tau pun buku mana satu yang dia dah kuarkan sebab nie kira first time aku baca buku dia nie. Buku nie tajuknye Angels Whisper. Mula- mula aku ingat buku nie ada unsur- unsur keagamaan sebab berdasarkan tajuk utama buku nie, lagi- lagi kalau tengok sinopsis buku nie, penulis ada menyebut tentang kewujudan angel atau malaikat. Akan tetapi, as saying goes, “Don’t judge a book by it’s cover”, dan terbukti kat awal- awal chapter lagi, penceritaan buku nie sebenarnya lebih berkisar pasal kisah pembunuhan. Kiranya macam kisah thriller gitu lah.

Aku tak terus baca habis sebab plot ceritanya yang terlalu perlahan. Lagipun, aku tak minat sangat pun kisah tragis macam nie. Jadi, selepas aku habis baca buku Chicken Soup, aku banyak baca buku motivasi tulisan Billi P.S Lim. Aku pun tak kenal sangat penulis nie, main ambik jerk at rak buku mana ntah. Aku tak lah main pinjam sebarangan tapi aku rasa interesting nak tau pasal Kia-su Economy. Seingat aku, aku pernah kumpul artikel pasal Kia-su Economy nie 2 tahun lepas. Waktu tu aku impress ngan petikan interviewed ayahanda kepada Gabenor Bank Negara kita. Cuma on that time, aku tak berapa nak paham apa maksud Kia-su (dalam mandarin, perkataan nie bermaksud Dare to Fail). Agak jarang orang bercerita pasal Kia-su economy nie. Jadi, that is the point I’d borrowed this book. Naskah nie memang best kalau kita baca dengan betul- betul sebab dalam buku nie, penulis banyak mengulas tentang keadaan ekonomi pada masa akan datang dan apa cabaran yang perlu kita semua kena hadapi. Selain tu, penulis nie banyak memberi tip bagaimana caranya kita menghadapi suatu keadaan genting yang boleh berlaku pada bila- bila masa.

Kalau tengok kat tajuk buku nie, mesti semua orang tak akan pinjam bawa balik sebab ingatkan buku pasal ekonomi dan politik. Akan tetapi, sebenarnya buku nie hanya mengambil tajuk “ekonomi” saje. Ekonomi sebenarnya bukan hanya berkaitan ngan angka dan wang semata- mata tetapi konteks ekonomi tue luas. Walaupun aku budak engine, tak semestinya aku kena baca segala angka dan fakta dari segala macam ilmu tentang civil engineering jer. Akan tetapi, aku pun manusia normal yang kena beli makanan gune duit, beli petrol gune duit dan lain- lain keperluan asas. Jadi, sekarang dah terang lagi bersuluh sesapa antara kita semua kena belaja tentang ekonomi sebab keadaan ekonomi sesuatu negara akan memberi kesan kat penduduk negara itu, tak kira lah dia tue grand manager ker, budak tadika even petani yang dok kat kampong sekali pun. Alaa… senang cerita, aku ambik contoh isu yang hangat yang nak hangit nie — isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel. Sapa yang tak effected ngan kenaikan harga yang tak masuk akal? Akibatnya, berlaku inflasi dan harga barang pon naik mendadak.Huh…(aku rasa next semester nie aku kena lah pandai-pandai naik bas! Save budget sikit)

Kesimpulannya (macam karangan dak sekolah plak!), pergi lah pinjam buku nie bawa balik umah dan baca, jangan buat macam pekasam busuk. Anyway, segala ulasan buku- buku memang aku akan buat kat blog nie kelak.

Ha… sapa- sapa antara korang sudah dapatkan buku Eat, Pray, Love karya Elizabert Gilbert, please share sikit- sikit pasal buku nie. Aku dapat tahu pasal buku nie kat Oprah Show kat Hallmark Channel tue. Macam best semacam jer. Erm, rasanya aku dah membebel panjang. Aku berhenti takat nie jer untuk posting kali nie. Apa- apa komen, jangan wat malu- malu kucing emelkan komen korang. Astala vista.

One Response to “Aku Vs Masa”

  1. hehehehehe…

Leave a Reply