Another 15 Days To Go

Posted in Point-Of-View on September 14, 2008 by anderian

Hi sume….

Nak kira dah masuk ari keberapa pose tak susah untuk tahun nie sebab pose start 1hb september lalu, pas jer sambut ari merdeka, esoknyer dah pose. So, now dah masuk ari yang ke-15, it means that we have another half n a month to go from now.

Buat sume kawan2, selamat pose. Tak da pa nak post kali nie sebab wartawan Sin Chew Daily kene masuk lokap untuk ISA. Sapa lagi kalu bukan Tan Hoon Cheng.Tak berani nak cakap pe dah. Haii..Pak Lah, kata aritue nak amal kebebasan akhbar kat Malaysia. Nie pa ceta? Dr M dah bising kat chedet.com dah tue. Buat Home Minister tue, elok tutup mulut jer daripada wat press conference yang entah pe2. kalau nak aci, bawa Ismail Ahmad tue masuk ISA gak sebab wat tuduhan perkauman. Dah la, malas nak cakap panjang2, kang web-blog aku kena banned macam MalaysiaToday.com.

Rasa-rasanya tahun nie, malaysia berada kat ranking brapa ek untuk ranking kebebasan akhbar dunia? tahun lepas dah dok tergolek no. 127 (if im not mistaken) dari no 92. ntah la… rakyat just dapat diam jer la. Apa punye demokrasi macam nie.


National Design Centre

Posted in Point-Of-View with tags , , , on September 11, 2008 by anderian

Hi dan salam sejahtera sume dan selamat berpose buat sume yang beragama Islam dan arini sudah masuk ari yang ke-11,kalau kita recap balik pasal tarikh 11 september, sume akan ingat balik insiden 911 atau konspirasi perlanggaran kapal terbang yang didalangi olah pejuang islam sehingga menyebatkan keruntuhan bangunan yang menjadi pusat komersial Amerika Syarikat (AS), World Trade Centre.

Kejadian tue telah menjadi rekod dalam sejarah dunia sebab kejadian nie sebenarnya berlakunya pertembungan dunia islam ngan barat. Kat sini aku tak nak ulas banyak pasal tue sebab tak sapa bleh nilai sejauh mana kebenaran tentang sapa disebalik konspirasi nie, namun kita mabik lah masa kita sedikit sempena bulan ramadhan nie doakan saudara- saudara sesame islam maupon yang bukan islam yang telah terkorban akibat daripada impak konspirasi 911.

Doakan supaya roh- roh dorang ditempatkan di tempat orang yang diredhai Tuhan dan tak lupa gak ambik waktu untuk doakan agar kesabaran dan ketabahan sentiasa menguatkan ati ahli-ahli kurga dorang yang terkonban. Mintak supaya dorang dapat terima sume nie sebagai satu ujian yang datangnye daripada Tuhan.

Untuk post kali nie, aku muatkan gambar- gambar yang aku ambik masa aku gi melawat National Design Centre (NDC) yang baru bukak tue. NCD nie terletak berhadapan ngan PTAR 1 jer. Ada masa gi lah melawat sebab banyak invention baru yang boleh tahan kreatifnye. Cuma aku nak komen pasal main entrance yang agak tersorok dan takda sebarang signboard pon yang diletakkan kat dapan tue yang membuatkan orang perasan pasal kewujudan galeri pameran nie. Aku datang pon sebenarnya sebab kebetulan jer sebab masa tue tengah gi PTAR 1 nak pulangkan buku yang dah lebih 3 minggu tak anta.

Kat bawah nie da beberapa gambar yang aku ambik secara illegal (hehe). Maap kalau kualiti gambar yang bagus mana sebab gune handphone berkemera 2.0 pixel jer.

Kebanyakkan design nie memang menarik cume da beberapa kerat jer yang boleh dibawa ke pasaran luar sebab kalau dilihat dari perspektif aku, kebanyakkan budak- budak nie wat design yang besa- besa jer. Yang betul- betul unik antara sume ialah Tourism Boat tue. Memang unik design nyer sebab budak yang buat tue ambik konsep bulat. Antara len yang menarik perhatian aku gak ialah set dapur yang boleh diubah posisinya. Aku rasa ciptaan yang nie hebat sebab sesuai untuk umah yang kecik. Stand lamp tue gak boleh tahan sebab aku suka ngan motif ala- ala seni kreatif masyarakat iban yang jadi konsep utama produk nie. Rasanye sapa- sapa suka suasana etnik, bleh try stand lamp nie. Yang lain- lain tue besa jer.

Aku tak berapa suka ngan beberapa set sofa yang dilihat melampau dari segi design nyer yang mana design telah menyebabkan pembaziran ruang, macam sofa merah tue. Aku tak pasti apa fungsi rekaan belakang sofa tue yang macam gelongsor taman permainan kanak- kanak. Aku tak pasti kalau pereka nye saje- saje nak bubuh supaya nak nampak lagi elegan tapi bagi aku design kat kat belakang tue amat tak sesuai.

Paling tak menarik ialah yang kat sekyen rekaan untuk alat- alat elektronik. Aku tak suka hampir kesemua design yang kat dalam tue sebab tak da market value langsung. Hampir kesemua tue dah da kat pasaran. Mungkin tak aci aku kata macam tue sebab may be yang da kat dalam sebenarnya apa yang telah diambik untuk rekaan luar yang sedang aku lihat skang nie. Who know?

Pe-pe pon aku solute ngan usaha dak FSSR buat, sangat teliti dan ruangan yang ditempatkan sangat classy! Aku arap ada orang luar boleh datang dan lihat hasil keje dak- dak nie.

Stand Up For LOVE

Posted in Point-Of-View with tags , , , , on September 7, 2008 by anderian

Hi dan Salam Ramadhan wat sume pemerhati blog…

Arini dah masuk ari yang ke-8 dalam bulan Ramadhan dan the got another 22 days to go before celebrating raya.

Untuk post kali nie, aku akan ajak sume kita tengok satu clip video yang betul- betul touch-hearted. Nie merupakkan clip video yang real yang diambik daripada arkid National Geography dan disiarkan kat website YouTube.com.

Untuk melihat sedutan klip video nie, arah kursor tanpa perlu klik dan klik kat ikon PLAY:

Watch : Hippo Vs Croc

Apa yang wat video nie menarik adalah sebab video berkisar pasal buaya yang berjaya menerkam seekor anak rusa yang tengah minum air sungai bersama- sama ngan rusa- rusa yang lain. Apa yang menakjudkan aku ialah apabila si badak air yang kebetulan berada tak jauh dari kawasan tue datang meluru kearah sang buaya tue dan berjaya selamatkan si anak rusa yang nyaris kena baham.

Aku betul- betul impress bila si badak air tue bawak anak rusa tue ke atas darat dan bagi bantuan penafasan kat anak rusa tue walaupun dorang nie berlainan jenis! Badak air tue Cuma bagi penafasan kat anak rusa yang dah nyawa- nyawa ikan tue dengan membuka mulut dan letak kepada anak rusa tue ke dalam mulutnya yang besar tue. Sangat menakjubkan makhluk ciptaan Tuhan nie!

Untuk renungan bulan Ramadhan kita arinie, di sana sini kita macam dah lali ngan kes bunuh sesame manusia sebab kerakusan kita megejar nafsu dan kebendaan. Orang sanggup membunuh sebab nakkan harta orang len. Ada gak orang sanggup rogol anak dara orang len dan bila nak hapuskan bukti, dia ambik jalan bunuh mangsa rogol tue. Ada gak sebab agenda politik dan nakkan pangkat sangat, di negara kita sendiri dah terjadi orang letupkan manusia ngan bom C4 yang besanya hanya digunakan untuk menangkis serangan musuh luar. Sapa dia, hanya Tuhan jer yang maha mengetahui.Sendiri mau ingat…

Semalam jer kalau kita tengok dada akhbar ngan kaca TV, kat Kepong, berlaku pembunuhan kejam seorang wanita yang mana mayatnya dibakar. Tak jauh dari kawasan tue gak, seorang pemuda telah terjumpa mayat manusia yang reput dan dipercayai akibat bunuh. Tue pa berlaku yang negara kita. Kalau nak tengok negara luar, kita recap balik pembunuhan kejam seorang ratu gelek arab yang popular. Mangsa telah dibunuh oleh 3 orang upahan dan diupah sebanyak RM3 juta oleh seorang ahli politik terkenal dan diantara terkaya di negara arab tue. Kononnya wanita tue yang penyanyi terkenal kat negara tue adah skandal ngan jantan lend dan benda nie menyebabkan si ahli politik tue jealous tak tentu pasal. Tak sangka yer, nyawa manusia macam nyamuk yang boleh dipicit sampai mati hanya ngan ujung jari jer.

Tapi, kenapa seekor badak air ada punya perasaan nak selamatkan anak rusa tue? Sedang umum dah tau yang binatang tarafnya lagi rendah dari manusia sebab bintang tak punya akal macam manusia. Namun, apsal manusia boleh jadi lebih kejam?

Untuk soalan tue, kita bawa untuk renungan bersama untuk cari jawapannya. Sempena Ramadhan nie, aku tak mampu rasanya berkongsi story melalui tazkirah agama tapi memadai alam nie yang dihuni bermacam- macam makhluk mampu bercerita kat kita sume yang sume kita didunia nie dah diwujudkan satu rasa yang Tuhan bagi, rasa tue tak bolah dirasa ngan lidah, tak dapat diperhatikan melalui mata, tak gak dapat didengar ngan dua belah telinga, apatah lagi nak dihidu…. Tapi rasa itu hanya dapat dirasa melalui hati kita sume iaitu rasa KASIH SAYANG.

Macam gak kasihnya sang badak kat sang rusa sampai bertungkus lumus nak berikan nafas untuk menyambung hayat sang rusa tue, tanamlah dalam diri kita untuk belajar menyayangi hamba- hamba Tuhan yang len dan kita mesti boleh bagi sesuatu yang lagi berharga daripada nafas seekor badak kepada sang anak rusa.

Stand Up 4 LOVE.

A Ramadan 2 Remember

Posted in Point-Of-View with tags , , , , , , , , , , , , , , , on September 5, 2008 by anderian

Salam kat sume pemerhati blog. Aku ucap selamat berpuasa untuk sume member yang beragama Islam, mudah- mudahan bulan ramadhan dijadikan permulaan kepada pengakhiran kealpaan kita dalam arus duniawi yang tak pernah puas dan biarlah bulan ini terus membawa kita kembali mendekatkan hati kepada Ilahi.

Untu post kali nie, aku nak terjah balik Concert Stand Up For Cancer yang baru jer ke udara kat NBC, ABC ngan E! beberapa jam yang lalu.

Setelah aku tengok performance 13 selebriti bergabung suara dalam single charity ‘Just Stand Up”, satu perkataan yang berlegar dalam pikiran, “spectacular performance”!

Acara nie berlangsung kat Radio City Music Hall for the 5th Anniversary of FASHION ROCKS pada 5hb September, semalam. Kat bawah nie adalah beberapa photo yang aku curi (hehe!) kat mariahdaily.com, gambo- gambo nie aku ambik sempena press conference kat Conde Nast Media Group’s Fifth Annual Fashion Rocks.

Dari kiri ke kanan: Keyshia Cole, Leona Lewis. Fergie, Ciara, Mariah Carey, Beyonce, Mary J Blige, Rihanna, Carrie Underwood, Miley Cyrus, Ashanti, Natasha Bedingfield, Nicole Scherzinger.

Yang kat bawah nie plak, gambo- gambo si gedik- gedik masa perform atas pentas Fashion Rock kat Radio City Hall.

Untuk tengok live performance nie, arahkan cursor link kat bawah (tak perlu klik), pastu klik ikon PLAY:-

Watch \”Just Stand Up For Cancer\” by All- Stars

Mariah Carey

Secara peribadi, aku suka ngan segelintir selebriti yang tersenarai untuk berkolaborasi macam Mariah Carey (absolutely!), Beyonce Knowles, Leona Lewis, Rihanna ngan Carrie Undrwood, erm…Fergie too!

Tapi yang selebih nyer macam main tangkap muat jer, macam si Miley Cyrus tue. Dia tak boleh langsung perform live dan betul- betul macam disaster bile wat duet ngan Rihanna dalam satu part tue. Vokal dia memang ke laut! Ashanti plak aku tak pasti pe peranan dia dalam lagu nie sebab takda satu line pon yang letak dia nyanyi secara solo, kalau sekadar nak meriahkan pentas, baik bawak Nicole Schzinger sekali sebab dia pon tak leh nyanyi live, arap rupa cantik jer.

Dalam persembahan nie, Beyonce Knowles diletakkan posisi tengah – macam besa lah tue! May be sebab dia wat intro untuk lagu nie kot. Tapi aku rasa touch-up Beyonce macam makcik- makcik sket. Carrie Underwood ambik posisi selepas Beyonce dan macam besa gak, dia nyer vocal memang superb dan sesuai diletak dalam 3 baris lagu.

Rihanna dan Miley Cyrus wat duet untuk bridge lagu sebelum korus. Rihanna berada di hujung barisan, may be sebab dia tinggi kot. Miley Cyrus yang baru jer menang Female Teen Choice kat Teen Choice baru- baru nie plak melalak ntah pe- pe, dia nampak over-excited jer. Ye lahh…new comer, then dapat plak wat kolaborasi ngan artis yang jauh lagi senior. Makin gedik la dia.

Yang len so far so good. Aku rasa tak da masalah ngan Fergie ngan Sheryl Crow sebab they always know what their did. Keisya Cole pon bawak ngan bagus gak cume aku rasa lenggok vokal dia lebih kurang macam Leona Lewis.

Tepukkan gemuruh bila masuk 3rd Verse semasa Mary J. Bridge ngan Mariah Carey ambik tempat. Cuma sayangnye, senasib ngan Leona Lewis, Mariah Carey tak dapat nyanyi banyak line walaupon sana- sini orang bercakap pasal dorang. Tapi Leona ngan Mariah da diberi ruang untuk wat teknik whistle kat penghujung lagu. Namun, Mariah Carey tak ambik ruang nie ngan baik bile dia sendiri tak tonjol sehabis mungkin high-pitch dia. Vokal dia terlalu weak untuk performance kali nie.

Pe- pe pon, performance nie bukan sekadar meghimpunkan most-talented female singer, tapi lebih daripada tue sebenarnya lagu nie adalah sebauh lagu yang terlalu indah yang kuat dari segi seni kata yang dituju khas buat mangsa- mangsa kanser.

Aku arap bukan hanya kerana bulan ramadhan, tetapi untuk hari- hari biasa gak, aku arap kita sume sentiasa sedekahkan sebuah doa dan bekalkan dorang ngan segala kekuatan untuk kawan- kawan, saudara- saudara atau sapa- sapa yang kita kenal yang diketahui penghidap kanser. Mungkin bagi kita, dugaan penyakit kanser tue adalah ketentuan Tuhan yang maha menentu hidup dan mati, tetapi bukan kah doa untuk boleh mengubah takdir atau destiny kita?

Aku bukanlah ustaz untuk bercakap hal agama tapi sapa- sapa jer yang ada pengangan agama masing- masing kena percaya pada kuasa doa yang menjadi senjata untuk melawan serangan dugaan yang tak dijangka.

Aku arap ramadhan ini akan menjadikan kita sentiasa beringat. Bukan sekadar beringat kepada yang lapar dan dahaga, tapi beringat kepada mereka-mereka yang perlukan doakan sebagai satu supplemen tambahan buat mereka untuk terus berjuang melawan kanser.

Aku ambik kesempatan nie untuk membawa kita untuk doakkan abang kepada sahabat aku, Nik Mohamed Haikal Bin Nik Mohamed yang mana abangnye masih terlantar dia Hospital Sungai Buluh atas penyakit yang tak diketahui, Mohon Tuhan berikan hikmat dan kekuatan untuk dia sembuh dan mintak agar beban kesakitan yang ditanggung akan berkurang.

Itulah RAMADHAN TO REMEMBER aku untuk sume.

Drama

Posted in Point-Of-View with tags , , , on August 23, 2008 by anderian

Hi…salam kat sume pemerhati blog…

Seminggu cuti nie aku memang tak pergi ke mana- mana sebab lebih suke dok umah dan kemas umah. Lagipon next week da banyak lagi test, better dok umah jer tengok Olimpik Beijing 2008. Seminggu sebenarnya tak lama pon sebab sekarang nie masa terasa cepat sangat berlalu. Jadi, elok wat jer rutin harian macam besa – macam tak cuti.

Anyway, kali nie aku tak da benda nak post dalam web-blog sebab masih lagi ikut latest issue pilihan raya kecik kat Permatang Pauh. Setakat nie macam besa, banyak politik kotor berlaku sana- sini sebab dalam tahun nie jer, mana- mana akhbar pon bercerita pasal sumpah. Tak kisah lah sumpah akuan yang Bala buat sebulan yang lepas mahupon sumpah Saiful Bukhari beberapa ari yang lalu. Aku tak tahu adakah sekarang nie Malaysia dah tak da mahkamah untuk bicara kes- kes nie sebab sekarang dah macam jadi satu trend plak bila orang pilih jalan nak bersumpah untuk tutup kes. Semalam jer, satu negara dapat tengok si Najib, Timbalan Perdana Menteri tue bersumpah kat Masjid. Dia ikut telunjuk adik angkat dia la tue. Apa agaknya perasaan Badan Kehakiman Negara terutamanya institusi badan kehakiman mahkamah syariah apabila dorang nie suka- suka buat sumpah sampai pinggirkan peranan kehakiman dalam menentukan sesuatu kes tue? Bukankah kat Malaysia sudah ada mahkamah syariah yang ada prosedur tertentu untuk menghakimi kes secara perundangan Islam? Aku pon tak paham kenapa jahil sangat orang- orang kita nie. Bila dah jahil sangat, sampai al-Quran pon kena pegang tangan kiri. Lagi satu, tarikh kena liwat pon boleh tersalah sebut, daripada tarikh “asal” 26 jun 2008, tersasul menjadi 26 Ogos 2008, haii…..tak sabar nak mai mengundi kat Permatang Pauh ker dik? Mungkin kot ada benarnya bila dorang nie dah tak bersumpah ikut sistem kehakiman yang sepatutnya sebab sebelum nie pon, dorang nie dah besa putar belit fakta dan angka dalam penyelewengan bukti kes. Ape- ape jer lah…

Aku minat bercerita pasal politik semenajak penahanan Dato’ Seri Anwar pada 10 tahun lepas. Masa tue aku masih lagi dalam darjah 6C kat SRB Chung Hwa,Limbang. Aku tak lah ikut sangat sampai obsess macam sesetengah orang tapi sebab aku selalu anggap kehidupan nie macam drama. Drama macam dalam TV tue, tak kisah lah drama apa pon, drama indon ker, drama cina ker,atau drama tamil sekalipon. Cuma yang bezanya adalah drama yang real nie, Tuhan yang menentukan jalan cerita dan skrip dan sume sekali….Tuhan adalah director dalam drama kehidupan kita. Berbeza ngan drama dalam TV, kita sendiri yang memandai buat skrip, reka jalan cerita, tentukan watak dan peranan dan macam- macam lagi lah. Yang pasti hero drama melayu kena ensem dan kalau tak ensem memang tak boleh jadi hero. Hehe.( Pastu kena ada scene makan atas meja, makanannya pon kene banyak sampai tak cukup meja!) Jadi, sama macam perjalanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga, aku lebih melihat beliau dan kisah beliau sebagai drama. Drama yang bercerita pasal seorang ahli politik bertaraf selebriti yang teraniaya akibat sifat tamak haloba orang lain.

Banyak sebenarnya antara kawan- kawan yang bertanya nape aku terhegeh nak ambik tau pasal politik. Aku pon tak paham nape dorang kena tanya soalan macam tue, lagi menghairankan aku ialah bila ramai budak-budak nie tak daftar undi pon lagi. Senang jer aku nak explain, politik ngan kehidupan kita amat berkait rapat sebab politik ada kuasa menentukan hala tuju hidup kita di masa hadapan. Akan tetapi, untuk mereka menjadi diantara orang yang berkuasa di dalam kerajaan adalah dibawah kuasa kita sendiri. Kuasa kita terletak kat kebijaksaan kita membuang undi. Sebab tue lah, kita kena ambik tau apa jua senario yang berlaku dalam dunia politik negara kita. Benda nie bukan setakat kita kena pilih pemimpin yang betul- betul pandai kawal harga minyak, tapi, lebih daripada tue, pemimpin yang kita undi tue mesti bertanggungjawab membawa hal-tuju bangsa ngan agama kita. Bunyinya macam skema jer tapi aku ambik contoh paling senang, aku ambik peristiwa Forum Memeluk Islam yang berlaku beberapa minggu lepas. Tanya diri kita sendiri, nape forum nie diadakan sedangkan dah terang lagi bersuluh, perbincangan soal agama secara terbuka adalah ditegah sama sekali dalam perundangan negara sebab benda- benda macam nie boleh timbul ketegangan antara agama. Mesti ada yang confius, apa plak kaitan ngan forum tue? Now, kita tengok balik, sapa yang memandai buat forum tue? Orang yang anjur forum tue tak lain tak bukan badan NGO yang non-muslim. Rata-rata ahli NGO tue adalah orang-orang bertaraf professional dan disokong oleh ahli- ahli politik non-muslim. Aku tak kan salahkan dorang sebab yang bodohnya kat sini adalah orang kita yang langsung tak ambik berat soal masa depan politik negara sebab hanya pikir nak enjoy dan urusan politik hanya untuk orang-orang tua! Ada pon pemimpin melayu tapi hampeh ngan rasuah ngan macam- macam skandal seks.

Kita pikr lah apa yang terjadi kat Singapore bila sekarang nie dah tak lagi suara azan dilaungkan dan sekolah-sekolah pondok dah dihadkan. Singapore sudah berada ditangan pemimpin bukan melayu, maka, dorang berhak tentukan identity negara dorang. Aku yakin yang korang pon tak nak benda- benda macam nie berlaku, jadi, jalankan jer tanggungjawab korang pada hari mengundi kang. Aku bukannya nak bagitau korang gi parlimen melalak tak tentu pasal tapi cukup satu undi yang bijak tue bleh menyelamatkan maruah bangsa dan negara kita.

Just Stand Up!

Posted in My-Daily-diary with tags , , , , , , on August 22, 2008 by anderian

Hi dan salam buat sume pemerhati blog…

Untuk mendengar lagu nie, tekan link dibawah dan tekan PLAY bila ikon dibuka:

Listen to Just Stand Up by Various Artist

Semenjak aku dapat tau yang 15 superstars akan bergabung suara dalam satu single charity,aku memang excited giler sebab nie lah first time diva- diva pop dunia buat satu kolaborasi selepas single Lady Marmalade. Akan tetapi, masa tue cume ada empat artis jer yang bergabung nyanyi single daripada soundtrack Moulin Rouge, iaitu, Christina Aguilera, Pink, Mya ngan Lil’Kim jer.

Belum ada lagi dalam sejarah industri muzik antarabangsa (rasanye setakat nie) yang mampu menghimpunkan kesemua 15 bintang bertaraf diva bersatu dalam satu lagu. Sebenarnya aku terkejut gak bila dapat news yang sume 15 superstars nie akan record single yang bertemakan kanser sebab bukan senang nak panggil artis- artis nie bergabung dalam sebuah lagu sampaikan suatu masa dulu Mariah Carey sendiri pernah wat satu statement yang dia rela berduet ngan khinzir atas pentas daripada berduet ngan Jennifer Lopez. Huhu.

Antara 15 vokal- vocal yang akan disatukan dalam “Just Stand Up” tue adalah Mariah, Beyonce, Mary J Blige, Rihanna, Fergie, Sheryl Crow, Melissa Etheridge, Natasha Bedingfield, Miley Cyrus, Leona Lewis, Carrie Underwood, Keyshia Cole, Leann Rimes, Ashanti dan Ciara. Lagu nie ciptaan Kenny Babyface Edmonds ngan L.A Reid dan nie merupakan kolaborasi yang pertama dalam tempoh 20 tahun antara 2 komposer ternama nie.

Kalau diikutkan nie bukan single pertama yang kumpul ramai penyanyi dalam sebuah lagu sebab sebelum nie ada beberapa charity single pernah dikuarkan seperti lagu ciptaan Michael Jackson sendiri, What More I Can Give? ngan lagu sempena tragedi 9/11, What Going On?.

Dibawah nie ada disertakan sekali lirik lagu “Just Stand Up”. Aku suka ngan pemilihan tajuk lagu nie, “Just Stand Up”, melihat kepada keseluruhan seni kata lagu nie, korang akan paham apa yang dimaknakan disebalik “Just Stand Up”

Kalau ditanya pasal senarai penyanyi yang menyanyikan lagu nie, aku rasa lagu nie belum mampu tunjukkan taring setiap penyanyi sebab durasi lagu yang terlalu pendek untuk dinyanyi secara solo oleh sume penyanyi. Yang pasti aku rasa disappointed siket ialah part Mariah Carey dan Leona Lewis tue pendek sangat, tapi, nasib baik Mariah Carey bijak gune teknik whistle kat penghujung lagu. Apa yang menarik sebenarnya apabila Beyonce Knowles ngan Carrie Underwood diberi penghormatan untuk menyanyikan verse yang pertama sebab vocal lantang dorang nie sesuai diletakkan kat intro lagu nie. Cuma kalau Alicia Keys dijemput sekali, rasanya lagi gempaq siket sebab dia da vokal ala- ala jazz yang ada pesona yang tersendiri.

Kekuatan lagu nie adalah kat kekuatan seni kata sebab mesej penyampaian dalam lagu nie sangat kuat especially dalam part chorus lagu nie:

“If the mind keeps thinking you’ve had enough

But the heart keeps telling you don’t give up

Who are we to be questioning, wondering what is what

Don’t give up

Through it all, just stand up!”

Untuk Download Lagu nie, tekan link dibawah nie:

Download Just Stand Up by Various Artist

Just Stand Up

Beyonce: The heart is stronger than you think

It’s like it can go through anything

And even when you think it can’t it finds a way to

still push on, though

Carrie: Sometimes you want to run away

Ain’t got the patience for the pain

And if you don’t believe it look into your heart the

beat goes on

Rihanna: I’m tellin’ you that

Things get better

Through whatever

If you fall, dust it off, don’t let up

Sheryl: Don’t you know you can go be your own miracle

Beyonce: You need to know

CHORUS

Sheryl: If the mind keeps thinking you’ve had enough

But the heart keeps telling you don’t give up

Sheryl/Beyonce: Who are we to be questioning,

wondering what is what

Don’t give up

THROUGH IT ALL, JUST STAND UP!

Fergie: It’s like we all have better days

Problems getting all up in your face

Leona: Just because you go through it

Fergie: Don’t mean it got to take control, no

Leona: You ain’t gotta find no hiding place

Keyshia: Because the heart can beat the hate

Leona: Don’t wanna let your mind keep playin’ you

Keyshia: And sayin’ you can’t go on

Rihanna: I’m tellin’ you that

Miley: Things get better

Through whatever

Rihanna: If you fall

Miley: Dust if off, don’t let up

LeAnn: Don’t you know you

Natasha: Can go

LeAnn: Be your own

Natasha: Miracle

Carrie: You need to know

Ensemble: CHORUS

If the mind keeps thinking you’ve had enough

Melissa: adlibs

But the heart keeps telling you don’t give up

Melissa: adlibs

Who are we to be questioning, wondering what is what

Don’t give up

Melissa: adlibs

THROUGH IT ALL, JUST STAND UP!

IF WE ALL, JUST STAND UP!

Mary: You don’t gotta be a prisoner in your mind

Ciara: If you fall, dust it off

Mary: You can live your life

Rihanna/Carrie: Yeah

Mary: Let your heart be your guide

Rihanna/Carrie: Yeah yeah yeah

Mariah: And you will know that you’re good if you trust in the good

Ashanti: Everything will be alright, yeah

Light up the dark, if you follow your heart

Mary: And it will get better

Mariah: Through whatever

Ensemble: CHORUS

If the mind keeps thinking you’ve had enough

But the heart keeps telling you don’t give up

Who are we to be questioning, wondering what is what

Don’t give up

THROUGH IT ALL, JUST STAND UP!

Ensemble: CHORUS

If the mind keeps thinking you’ve had enough

But the heart keeps telling you don’t give up

Who are we to be questioning, wondering what is what

Don’t give up

THROUGH IT ALL, JUST STAND UP!

Fergie: You got it in you, find it within

You got in now, find it within now

You got in you, find it within

You got in now, find it within now

You got in you, find it within

Find it within you, find it within

Everyone: THROUGH IT ALL, JUST STAND UP!

Song of The Month : bye bye [dedicate special for Farah's Friends]

Posted in My-Daily-diary on August 21, 2008 by anderian

Untuk edisi bulan nie, aku pilih lagu Bye Bye daripada Mariah Carey sebagai song of the month. Lagu nie aku dedikasi khas buat kawan- kawan arwah farah Zafirah Binti Abdul Karim. This song nie adalah single ketiga daripada album E=MC2 dan memang indah dari segi susunan muzik dan seni kata. Arap sume enjoy. Jangan lupa sedekahkan al-Fatihah wat arwah. Doakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang- orang yang beriman dan diredhai Allah.

Sebenarnya sampai hari ie aku tak dapat terima yang arwah dah tak da sebab dulu masa diploma sampai lah degree yang terakhir arwah, kitaorang memang rapat. Arwah memang seorang yang baik, aku memang susah nak berprasangka burok ngan arwah sebab setiap tutur kata ngan tingkah laku arwah, aku dapat lihat keihklasan arwah berkawan. Bersyukur kepada Allah kerana masih sempat berkawan ngan arwah yang banyak share happiness ngan segala kesusahan sepanjang berkawan ngan arwah.

Aku berdoa semoga arwah selamat di dunia akhirat.amin.

(Untuk video muzik lagu nie, tekan ikon kat link di bawah)

Bye Bye by Mariah Carey

Bye Bye lyric by Mariah Carey

This is for my peoples
Who just lost somebody
Your best friend, your baby
Your man or your lady
Put your hand way up high
We will never say bye
No, no, no

Mamas, daddys, sisters, brothers
Friends and cousins
This is for my peoples
Who lost their grandmothers
Lift your head to the sky
Cause we will never say bye

As a child there were them times
I didn’t get it
But you kept me in line
I didn’t know why
You didn’t show up sometimes
On Sunday mornings and I missed you
But I’m glad we talked through

All them grown folk things
Separation brings
You never let me know it
You never let it show
Because you loved me and obviously
There’s so much more left to say
If you were with me today
Face to face

I never knew I could hurt like this
And everyday life goes on I wish
I could talk to you for a while
Miss you but I try not to cry
As time goes by

And it’s true that you’ve
Reached a better place
Still I’d give the world to see your face
And be right here next to you
But it’s like you’re gone too soon
Now the hardest thing to do is say

Bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye

You never got a chance to see
How good I’ve done
And you never got to
See me back at number one
I wish that you were here
To celebrate together
I wish that we could
Spend the holidays together

I remember when you used to
Tuck me in at night
With the teddy bear you gave me
That I held so tight
I thought you were so strong
You’d make it through whatever
It’s so hard to accept the fact
You’re gone forever

I never knew I could hurt like this
And everyday life goes on I wish
I could talk to you for a while
Miss you but I try not to cry
As time goes by

And it’s true that you’ve
Reached a better place
Still I’d give the world to see your face
And be right here next to you
But it’s like you’re gone too soon
Now the hardest thing to do is say

Bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye

This is for my peoples
Who just lost somebody
Your best friend, your baby
Your man or your lady
Put your hand way up high
We will never say bye

Mamas, daddys, sisters, brothers
Friends and cousins
This is for my peoples
Who lost their grandmothers
Lift your head to the sky
Cause we will never say bye, bye.

I never knew I could hurt like this
And everyday life goes on I wish
I could talk to you for a while
Miss you but I try not to cry
As time goes by

And it’s true that you’ve
Reached a better place
Still I’d give the world to see your face
And be right here next to you
But it’s like you’re gone too soon
Now the hardest thing to do is say

Bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye, bye bye, bye bye
Bye bye

Anak Panda

Posted in Point-Of-View with tags , , , , , , , , , , on August 21, 2008 by anderian

Hi! Salam kat sume pemerhati blog…

Rasanya dah alam aku tak buat sebarang posting dalam minggu nie. Bukan sibuk sebab sekarang nie kan mid-term break, bukan tak da idea, cume minggunie banyak ambik masa update diri dengan perkembangan semasa pasal isu- isu terkini, lebih-lebih lagi pasal pilihan raya kecil kat Permatang Pauh. Aku arap sangat Dato’ Seri Anwar Ibrahim menang besar 26hb nie kelak walau apapon taktik kotor pihak kerajaan buat kat beliau. Anyway, minggu nie aku tak nak cakap pasal politik sebab sekarang nie dah banyak blogger kena siasat atas sebab yang tak munasabah. Ada yang kena tangkap hanya sebab ada blogger yang nakal main ubah logo Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) daripada kepala harimau jadi kapala anjing. Tak cukup ngan tue, ada plak blogger yang agak nakal ngan naughty-nye buat statement souh rakyat Malaysia kibar jalur gemilang secara upside-down. Bukan main benggang lagi Pak Lah kita tue. Alaa… nape lah nak kecoh, yang blogger tue bukannya sapa pon yang kita dok sebok- sebok nak ambik serius kenyataan dia. Biarlah dia nak buat apa pon, takkan jadi apa pon kat Negara kita.

Biarkan dulu pasal isu-isu politik yang berlaku sekarang nie, sebab kita tak tau apa yang sebenarnya yang berlaku, sapa yang yang berada di pihak yang benar dan sebaliknya. Tak sume maklumat yang disampaikan oleh media arus perdana tue betul sebab dorang tue terikat ngan pelbagai akta yang mengkehendaki dorang kena pro kat kerajaan. Tak kisah lah apa yang kerajaan buat, kena lapor benda yang betul. Kalau da yang tak betul pon, kena ubah laporan tue jadi positive-sentences supaya rakyat sentiasa lihat yang kerajaan nie always right. Kesian lah kat wartawan negara kita nie, aku ingat hanya profession kehakiman jer lah yang selalu diibarat orang yang sebelah kakinya di belah neraka dan sebelah lagi belah syurga. Rupanya jadi wartawan pon sama gak. Tak tau lah pa nak jadi ngan negara kita sekarang nie sebab sume jadi huru-hara, yang jadi mangsa ialah rakyat, wahal kerajaan da tanggungjawab memperjuang nasib rakyat, tapi, kalau nie lah yang berlaku, pa bezanya kita ngan rakyat negara-negara len yang tertindas dan teraniaya? Tiap- tiap bulan bayar macam-macam cukai sampai tak cukup makan sebab nak kerajaan wat pembangunan untuk rakyat, tapi tiap- tiap hari, ada- ada jer berlaku dalam dunia politik negara. Tak pe lah…buat lah pa nak wat sebab korang da kuasa.

Minggu nie aku rasa relax siket sebab tak da kuliah langsung. Walaupon dalam minggu mid-term break, tapi aku sebenarnya tak rancang pergi mana- mana sebab lebih selesa dok umah jer selain kuar gi berjogging tiap- tiap hari kat tasik seksyen 7 tue. Dalam banyak- banyak masa yang free tue, aku sempat copy movie daripada Haikal. Banyak gak aku copy masuk dalam laptop tapi yang aku sempat tengok cume satu jer, Kung Fu Panda. Aku sebenarnya tak minat tengok movie. Kalau tengok pon, aku agak choosy siket sebab aku Cuma nak tengok genre movie yang comedy jer macam ceta Kung Fu Panda.

Filem Kung Fu Panda adalah movie fauvorite ketiga yang jadi favourite aku selepas ceta White-Chicks ngan Happy Feet atas banyak sebab. Yang menjadi movie nie menarik adalah sebab movie nie ambik background negara China dan mengangkat tema seni pertahankan diri Kung Fu. Selain tue, aku suka tengok beberapa karakter yang comel- comel dalam ceta nie macam watak Panda tue sendiri dan beberapa watak babi (bukan watak utama). Panda tue comel sebab animation director filem nie bijak, mewujudkan expresi pada muka panda menjadikan watak nie seperti hidup. Dahl ah watak panda nie gemok, lagi lah bertambah comel panda sekor nie. Hehe.

Plot ceta nie memang menarik dari awal ceta sampai lah penghujung ceta sebab banyak scene dalam ceta nie lari sedikit daripada ceta- ceta kartoon yang cliché. Aku rasa pening gak masa awal- awal macam na panda si gemok nie boleh dipilih jadi Dragon Warrior tapi director ceta nie bijak bermain ngan akal penonton sebab si panda nie bukan boleh ber-kung fu pon tapi hanya berbekalkan kekuatan fizikal dan mental jer. Kalau lah layar asal ceta nie di tangan director Malaysia, comfirm director kita nak wat plot si panda nie jadi kurus dulu, then barulah si panda nie boleh berlawan ngan si antagonis. Besa lah ngan ceta- ceta buatan Malaysia, nak jadi hero atau heroin, sume kena jadi cantik. Kalau tak cantik, tak boleh jadi hero. Jangan arap lah. Tapi berbeza ngan ceta nie, walaupon hanya ceta animasi ngan bantuan teknik CGI, tapi watak dalam ceta nie betul- betul hidup dan berjaya sampaikan mesej tersirat kat penonton. So, arap- arap pasni, pengarah wat lah homework buat ceta- ceta macam nie, tolonglah jangan buat ceta mamat patah hati nagn makwe dia, aku pon tak paham, macam orang Malaysia nie hidop dorang adalah untuk bercinta dan dah tak da benda lend ah buat.

Peranan sebuah filem bukan hanya untuk hiburan. Lebih daripada tue, filem adalah antara medium yang mudah untuk mendidik penonton sebab sebuah filem yang hebat adalah filem yang mampu mengajak kita berfikir. Untuk buat sebuah filem yang betul- betul hebat bukan mudah sebab sehebat mana pon karya dan nilai seni sesebuah filem, selera penonton kena dipenuhi. Tue lah yang selalu jadi cabaran kat mana- mana producer filem. Sebab tue lah, ada filem yang bagus tapi orang tak nak datang panggung sebab bukan selera dorang. Kat Malaysia nie bukan tak da filem yang bagus tapi banyak kelemahan dari segi plot cerita dan penghayat pelakon yang gagal sampai kat penonton. Yang betul- betul bagus pada penghayatan aku pon ialah filem Sepet ngan filem Cinta.

Aku tak nak ulas lanjut sebab aku hanya bercakap dari lensa pandangan aku sebagai penonton biasa tapi satu perkara kena ingat, filem perang selalunya filem yang menyampaikan mesej anti-perang. Tak percaya? Cuba recap filem- filem perang yang korang pernah tengok sebelum nie.

Pro & Kontra : UiTM & Signifikasi 10%

Posted in Point-Of-View on August 11, 2008 by anderian

Salam sejahtera kat sume pemerhati blog…

Hari nie memang hangat sebab sebaik saje announcement untuk mengadakan demonstrasi menentang kemasukkan 10% kuota pelajar non-bumiputera ke UiTM dibuat pada pukul 3.20 petang tadi, satu kelas bagi respon yang agak kurang menyenangkan. Namun, ada gak budak- budak nie tak ambik peduli langsung, malah diejek plak gaya percakapan orang yang buat announcement tue yang cakap feeling abis! Aku tau lah awak tue bersemangat nak perjuang hak orang melayu, tapi tak payah la melalut satu fakulti, cukup sekadar buat pengumuman rasmi yang pendek tapi padat ngan maklumat. Hehe. Tak pe, aku paham bagaimana rasanya hak kita sebagai bumiputera seolah- olah dicabul dengan pengumuman rasmi daripda Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bercadang memberi 10% kuota daripada jumlah kuota semasa Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada non- bumiputera.

Dalam isu ini, aku ada pandangan yang bersifat pro dan tidak kurang gak, ada pandangan peribadi aku yang kontra daripada cadangan ini. Secara peribadi, kita tak perlu lah melatah ngan cadangan nie sampaikan nak pergi buat demonstrasi di hadapan bangunan rasmi Menteri Besar (MB). Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan secara aman. Lagipun, di UiTM sendiri ada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dibantu oleh Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) di setiap falkulti. Kenapa kena buang masa pergi buat demonstrasi sedangkan ada suara Yang Di-Pertua (YDP) daripada MPP yang mewakili suara beribu- ribu mahasiswa UiTM boleh dihantar untuk mengadakan pertemuan 2 hala dengan MB? Aku tak kata buat demonstrasi nie salah tapi selagi ada jalan terbaik, manfaatkan sebaik mungkin. Lagipon, nie hanya setakat cadangan saje daripada MB dan belum tentu dilaksanakan.

Ok, berkenaan dengan cadangan kemasukan 10% pelajar bukan bumiputera kedalam UiTM nie, bagi aku secara peribadi, aku sokong usaha ini tapi bukan secara total. Bagi aku personally, seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kemasukan 10% pelajar bumiputera dan pelajar asing ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar. Aku sangat sokong kenyataan beliau ini. Tambahan plak, usaha nie bertepatan dengan usaha UiTM untuk melahirkan pelajar melayu dan bumiputera yang berdaya saing dan kompeten dengan arus semasa. Masalah orang kita adalah kita tidak boleh berhadapan dengan persaingan sebab kita takut kita tersungkur, lalu jatuh dan tak mampu nak bangkit semula. Itu lah gambaran yang mampu aku bagi.

Kita sepatutnya melihat cadangan ini dari sudut positif dan jangan plak setiap kali ada isu yang mengugat ketuanan orang melayu dan bumiputera jer, kita melatah tak tentu pasal. Cuba kita ambik masa untuk mengkaji secara mendalam kenapa perlu adanya kemasukkan pelajar bumiputera dan pelajar asing dan bukannya terus pikir nak berdemonstrasi. Sepatutnya bila ada cadangan kemasukkan kuota 10% nie kepada budak cina atau India, kita kena ambik peluang nie untuk belajar bersaing dengan mereka. Kita tidak boleh kata kita pandai kalau setakat berlawan ngan orang kampong kita tapi buktikan kekuatan orang melayu dan bumiputera dengan bersaing ngan mereka secara akademik. Jangan kita pikir benda tak baik bila ada orang cina ngan India masuk UiTM, ingat mereka nak cabul kedaulatan orang bumiputera. Tidak pon! Awak bercakap nak pertahan ketuanan orang melayu dan bumiputera, tetapi, macam mana ngan gejala sosial orang bumiputera yang semakin serius, dengan isu pembuangan bayi luar nikah dan kegiatan penagihan dadah, malah dengan anasir mat rempit yang rata- rata menunjukkan penglibatan kaum bumiputera yang tertinggi setakat nie? Itu kah yang dikatakan nak pertahan kedaulatan orang melayu kalau nak menjaga maruah orang melayu dan bumiputera pon tak reti? Itu belum lagi dikira politik kotor lagi jijik dengan isu rasuah dan fitnah yang melanda politik pemimpin melayu dan bumiputera.

Maap kalau apa yang aku katakan nie akan menimbulkan ketidak-selesaan kepada korang sume tapi terimalah usaha nie daripada mata hati yang positif. Hari ini, kita sendiri melihat macam mana ramainya graduan UiTM sukar hendak diterima bekerja di kebanyakkan syarikat- syarikat besar sebab mereka tiadk dapat berhadapan ngan persaingan daripada yang non-bumiputera di tempat kerja walaupon dorang cemerlang dari segi akademik. Ini adalah berpunca kita sebagai orang melayu dan bumiputera tidak dipupuk nilai untuk bersaing dan selalu merasa diri kita kerdil bila berhadapan ngan bangsa lain. Macam mana nak hidup kalau asyik- asyik takut nak bersaing ngan orang luar? Baik pergi pajak sawah kat kampong jer, tak payah kuar kerja kat bandar.

Aku paham sebab kenapa UiTM nie dibuka pada awal tahun 50-an, tak lain tak bukan hendak memberi ruang kepada golongan bumiputera untuk belajar sebab pada waktu tue, budak melayu dan bumiputera masih lemah dari segi pencapaian akademik kalau bandingkan dengan kaum lain. Akan tetapi, kita kena terima kenyataan yang waktu tue, orang melayu hidup amat susah dan melarat. Setakat gaji kerja membajak sawah belum cukup nak anta anak dorang pergi sekolah, apatah lagi nak belajar pergi universiti. Itulah sebabnya UiTM ditubuhkan, iaitu handak bagi orang kita belajr dengan menyediakan kemudakan pendidikan. Sekarang nie, zaman dah berubah, kerajaan sudah sediakan banyak kemudahan untuk orang bumiputera untuk belajar dari sekolah rendah sampai lah kepada wujudnya UiTM. Kenapa kerajaan melabur banyak wang kepada anak bangsa sendiri? Sebab nak tengok orang melayu boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah ngan kaum lain yang sudah berjaya. Malah, dengan usia UiTM yang sudah menjangkau setengah abad nie, kita sebagai orang melayu dan bumiputera mesti berfikir di luar kotak pemikiran kita—bukak minda luas- luas. Tak da sebab kita hendak takut bersaing dengan orang luar.

Aku bercakap plak dari sudut pengalaman aku dan kenapa aku begitu sokong cadangan ini. Aku sebenarnya bersekolah di sekolah aliran cina dari tadika lagi, iaitu umur aku pada masa tue 6 tahun sampailah habis darjah 6. Di sekolah, aku bercampur ngan kawan- kawan cina. Aku ada gak bercampur ngan budak- budak daripada kaum aku sendiri seperti daripada suku kaum bisaya, iban dan bidayuh, Cuma, waktu tue, kat sekolah aku kat SRB Chung Hwa Limbang, tak da kaum India. Memang aku nampak macam mana gelagat buadak- budak cina yang berbeza daripada budak- budak bumiputera nie. Selalunya dalam kelas, budak- budak cina akan mengambil posisi di hadapan berbanding kawan- kawan bumiputera yang duduk di barisan belakang kelas. Aku?aku selesa duduk ditengah- tengah sebab waktu belajar, aku akan banyak bertanya kat kawan- kawan cina dan bila cikgu tak da, aku akan toleh ke belakang dok sembang ngan kawan- kawan bumiputera. Nampak tak perbezaannya?

Apa yang cuba aku tunjukkan di sini adalah, mentaliti kita yang tak reti nak berubah. Kita tak macam orang cina nak bersemangat datang kelas tiap- tiap hari nak belajar dapat result bagus, tapi, orang kita? Datang nak main- main, bukan nak betul- betul nak belajar. Aku sangat berterima kasih kat mak ngan bapa aku bila dorang anta aku gi belajar kat sekolah cina. Aku sudah belajar untuk bersaing ngan kawan- kawan walaupun di sekolah cina, selalunya hanya orang cina dapat advantage dalam akademik sebab dorang memang dah mahir bahasa ibunda dorang. Akan tetpai, waktu tue, aku sentiasa berusaha sampi lah pada satu pertandingan kaligrafi cina, aku menjadi satu- satu pelajar bukan cina yang mendapat johan. Malah, setelah 6 tahun aku meninggalkan sekolah itu, nama aku masih diingati oleh cikgu Yang sebab aku sangat menonjol waktu tue. Aku bukan nak interframe tapi aku pada hari nie adalah kerana pendedahan awal di sekolah cina yang berbeza sekali bila belajar di institusi melayu dan bumiputera. Cikgu- cikgu cina dan kawan- kawan cina amat memberi kesan kat aku untuk terus berjaya. Malah, apabila berada di sekolah menengah melayu (nie adalah pertama kali aku bersekolah di sekolah aliran melayu), aku tidak berhadapan langsung untuk bersaing dalam akademik apabila aku mendapat tempat pertama dalam 4 penggal berturut- turut. Malah, mata pelajaran Sejarah, Sains aku meletakkan aku selaku pelajar terbaik. Diantara yang sebaris ngan aku pada waktu tue adalah kawan- kawan bumiputera di sekolah rendah yang sama! Kenapa aku boleh capai tahap itu? Sebab aku sudah terdedah ngan kepayahan untuk bersaing di sekolah rendah dahulu. Bukan kata orang melayu atau bumiputera tak pandai, tapi, mereka tidak mampu berubah sebab mereka berada pada thinking level yang sama. Apabila kawan dia malas, dia pon sama malas. Korang kena ingat, lain bangsa, lain cara dorang berfikir. Tak salah kalau bersekolah di aliran melayu tetapi, advantage lagi banyak kalau kita belajar satu bumbung ngan bangsa lain.

Aku tak nak mengulas panjang lebar tetapi, aku tetap menerima cadangan nie ngan hati terbuka sebab hanya tinggal 12 tahun saja untuk kita kejar wawasan 2020. Kalau hari nie kita gentar ngan persaingan, sampai bila- bila kita akan ketinggalan. Sekali lagi, aku mintak map kalu aku post aku menampakkan aku mencabar kedautan melayu dan bumiputera, aku juga bumiputera walaupun aku bangsa kacukan bisaya-iban dan aku juga punya naluri untuk lihat kawan- kawan sama bumiputera untuk berjaya dan success. Bukan nak menyebelahi kaum non-bumiputera sebab kuota pon hanya 10% jer! Takkan tergugat punya, sebab si sini kita sama- sama belajar dan menuntut ilmu, apabila kita sama- sama bertukar ilmu sesame kita, maka, akan bercambahlah ilmu yang kita ada.

Iktibar

Posted in Point-Of-View with tags , , , on August 6, 2008 by anderian

Salam kat sume pemerhati blog…

Minggu nie aku busy sikit sebab da 2 test pada hari selasa ngan rabu, sebab tue aku takda masa nak update web-blog aku nie. Sepanjang minggu nie ngan minggu yang sebelum nie, antara berita hangat semestinya pasal accident yang berlaku yang melibatkan budak civil ngan budak FSPU.

Budak civil yang dimaksudkan tue adalah arwah Zamdhuri (maap kalau nama arwah tak ditulis ngan betul). Arwah nie aku kenal sebab dulu dia selalu datang lepak bilik member dia yang sama rumah ngan aku semasa aku masih lagi dok Kolej Jati. Aku tak lah kenal sangat, tetapi, sebab bila dah selalu datang umah aku, jadi aku kena gak mesra sebab dia datang rumah kita. Sepanjang perkenalan ngan arwah, arwah memang seorang yang soft-spoken, antara sifat arwah yang paling aku kenang adalah sifat arwah yang murah ngan senyuman. Jumpa kat mana- mana pun, arwah memang tak kedekut ngan senyuman. Aku berharap arwah agar roh arwah dirahmati Tuhan dan tempatkan arwah dikalangan orang- orang yang beriman.Amin.

Tidak cukup dengan kemalangan mengejut arwah yang berlaku pada 30 aribulan (rabu) lepas, keesokkannya ada pulak kes accident dalam UiTM. Kali nie, 2 orang couple dari fakulti FSPU plak yang kena. Yang nie aku memang tak leh nak habaq lagu mana sebab memang accident atas kecuaian dorang. Dengar kata yang penunggang motor nie sembang ngan loving couple dia yang bonceng kat belakang, siap main toreh lagi kat belakang tengok apa entah kat muka awek dia. Dahl ah masa tue tengah kona turun bukit depan fakulti Pergigian. Jadi, akhirnye, berlanggar lah ngan bas UiTM yang besar gedabak tue. Aku pon tak tau nak salah sapa sebab aku cuma dengar dari molot- molot orang jer. Ada gak aku dengar yang pembawa moto tue koma dan couple dia tengah parah, da gak versi lain yang aku dengar, yang budak koma tue dah jadi arwah. Sekali lagi aku mintak maap kalau informasi nie tak betul sebab sehingga post nie ditulis, aku tak tau hal yang sebenarnya. Cuma tadi, kawan aku, Haikal bagitau yang lecturer dia bagitau yang sistem bahagian kemaluan lelaki tue rosak. Ape- ape jer lah.. yang penting kita doakan semoga dorang selamat. Hari ini kita doakan saudara kita yang bernasib kurang baik, mungkin esok kalau benda gini terjadi kat kita, ada lagi orang lain yang bernasib baik doakan buat kita. Mungkin keberkatan kita doakan orang lain akan membekalkan kita dengan kerahmatan di masa hadapan apabila kita mengalami perkara yang tak diingini.

Berkenaan dengan kemalangan kat selekoh tajam yang dekat ngan fakulti Pergigian tue, aku arap UiTM boleh wat sesuatu sebab selekoh sangat tajam, untuk laluan yang mempunyai darjah kecuraman yang tinggi. Apabila selekoh menjadi tajam, tambah pulak ngan jalan yang agak sempit, kenderaan yang besar macam bas atau lori besar akan mudah “makan” jalan dari hala bertentangan, nie boleh jadi kemalangan mudah berlaku. Lagi satu semasa hujan, jalan sangat licin dan kenderaan memang senang jer nak tergelincir sebab laluan memang curam sungguh.

Arap pihak UiTM boleh buat something, jangan biar bila dah banyak accident baru terhegeh- hegeh nak buat macam- macam. Selalunya memang macam tue sebab orang kita kerja sebab nak duit, bukan sebab ikhlas nak galas tanggungjawab. Benda nie adalah berpunca mentaliti kita yang rendah dan tak reti nak ubah.

Apa- apa pon, arap sume kita ambik iktibar dan bawa kenderaan dengan molek dan eloknye. Kalau dah ajal memang tak da sapa boleh cepatkan atau undurkan waktu walaupon sesaat, tetapi, kita ada punya akal dan guna akal tue ngan baik untuk jauhkan diri kita dari segala bahaya. Ikut jer undang- undang yang ada sebab bila orang gubal undang- undang, mesti ada sebab. Bunyinya memang skema tapi ingat, jalan nie kita guna sama- sama, ada orang guna jalan nie ngan cara baik, ada gak orang guna jalan sebab nak merempit. Jadi, kalau yang orang yang guna jalan ngan cara yang sepatutnye nie jadi mangsa korban disebabkan orang yang tak reti ikut undang- undang jalan, macam mane? Jangan esok- esok diakhirat kita disoal, maka, untuk menyesal waktu tue memang dah tak berguna.